HartanahHot.Com - Real Estate Agent And Property Listing Online Portal

2017-10-02
Ukay Perdana bakal mendapat booster baru, pandangan dari ejen hartanah Ukay Perdana

 

 

Ukay Perdana terletak di Ulu Klang.

 

Ianya dihubungkan melalui lebuhraya MRR2. Bersempadan dengan Lembah Keramat dan Bukit Antarabangsa. Highway EKVE interchange Ukay Perdana sedang dibina dan dijangka siap pada tahun 2019. Highway ini menghubungkan Ukay Perdana terus ke MRR2 dan DUKE juga bersambung ke Ampang, Hulu Langat, Bandar Mahkota Cheras, Sungai Long, Silk Highway dan LEKAS Highway.

 

Apabila ianya siap, harga hartanah di Ukay Perdana akan naik secara mendadak. Ukay Perdana menempatkan penduduk majoriti bumiputra. Antara apartment yang terdapat di Ukay Perdana adalah Sri Hijauan, Sri Wira, Sri Puteri, Sri Kayangan, Seri Melor, Springville, Sri Baiduri, Residensi Bistaria dan Sri Raya. Kebanyakannya Aalah berstatus leasehold kecuali yang terletak di Ukay Bistari iaitu Residensi Bistaria yang berstatus Freehold.

 

Kebanyakkan hartanah di Ukay Perdana adalah dibangunkan oleh Talam Corporation. Setelah melalui proses penggulungan, ianya diambil alih oleh liquidator. Sudah banyak apartment di Ukay Perdana yang telah mendapat status strata. Salah satu daripadanya adalah Sri Puteri Apartment. Masih terdapat bank yang memberikan loan untuk hartanah di Ukay Perdana. Hanya ejen hartanah yang mahir di Ukay Perdana dan mempunyai networking dengan banker sahaja boleh memberikan perkidmatan terbaik untuk proses jual beli hartanah di Ukay Perdana.

 

Selain dari Apartment terdapat juga hartanah landed di Ukay Perdana. Antaranya adalah Sering Ukay, Serenia Garden, Beverly Height dan Riana Ukay.

 

Kesimpulannya, membeli hartanah di Ukay Perdana adalah lokasi dan pilihan terbaik. Lokasinya yang hampir dengan pusat bandaraya dan dihubungkan dengan jaringan lebuh raya menjadikan permintaan hartanahnya sentiasa konsisten. Harga apartment di Ukay Perdana juga masih lagi dikategorikan sebagai harga mampu milik. Kemudahan yang lengkap seperti Surau, masjid, sekolah, tadika dan kedai menjadikan Ukay Perdana sebagai antara lokasi pilihan untuk didiami.

Comments