HartanahHot.Com - Real Estate Agent And Property Listing Online Portal

2017-10-03
Lembah Keramat antara lokasi terbaik kediaman, pandangan dari ejen hartanah Keramat

 

Lembah Keramat terletak paling hampir dengan Bandaraya Kuala Lumpur. Ia dihubungkan terus dengan Highway Duke, Akleh, Jalan Semarak, Jalan Ampang, Jalan Jelatek dan lebuhraya MRR2. Bagi yang bekerja di Petronas, boleh menggunakan lebuhraya AKLEH melalui Jalan Jelatek seterusnya bersambung terus dengan parking di KLCC.

 

Di lembah Keramat juga terdapat station LRT iaitu station lrt Damai, station lrt Dato' Keramat dan stesyen lrt Jelatek. Antara apartment yang hampir dengan station lrt di Keramat adalah Mawar Sari Apartment, Gurney Height Condominium, Pangsapuri Bukit Keramat, Menara Rajawali, Kelumpuk Camar, Kelumpuk Cemperling, Kelumpuk Bambu, Kelumpuk Tempua, Menara Jentayu, Kelumpuk Dahlia, Pangsamurni Keramat Jaya 2, Flat Enggang, Pangsapuri Bukit Baru, Kelumpuk Serindit, Menara Cenderawasih dan banyak lagi.

 

Kebanyakan status pegangan hartanah di Lembah Keramat adalah Leasehold atau Pajakan 99 tahun. Di Bukit Keramat dan Dato' Keramat, kebanyakan status pegangan Leasehold cuma tinggal di bawah 60 tahun. Bank masih lagi memberikan pinjaman untuk status tanah seperti ini cuma margin of financing akan semakin berkurangan seiring dengan tempoh pajakan Leasehold yang tinggal.

 

Keramat di bahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Lembah Keramat, Taman Keramat Permai, AU 1 sehingga AU 5, Jalan Keramat Hujung, Jalan Datuk Keramat, Jalan Gurney, Jalan Kent, Jalan Maktab dan Jalan Damai. Majoriti populasi penduduk di Keramat adalah bumiputera. Antara kemudahan lain yang terdapat di Lembah Keramat adalah sekolah rendah dan menengah, hypermarket dan pasaraya seperti Jusco Aeon, Dewan perkahwinan, masjid, Pasar Datuk Keramat, Sekolah agama swasta dan banyak lagi.

 

Kesimpulannya, hartanah di Lembah Keramat dikategorikan sebagai hartanah yang berada di zon paling strategik dan paling hampir dengan pusat bandaraya Kuala Lumpur. Harga hartanahnya naik setiap tahun terutamanya hartanah kategori landed. Ini kerana pemaju sudah tidak membina hartanah kategori ini berhampiran pusat bandaraya Kuala Lumpur seperti rumah setingkat dan dua tingkat. Permintaan untuk tanah lot di kawasan sekitar Jalan Datuk Keramat juga sangat bagus. Kadar sewa untuk hartanah yang disewakan juga sangat konsisten.

Comments