HartanahHot.Com - Real Estate Agent And Property Listing Online Portal

2017-09-29
Kisah perunding hartanah berjaya jual rumah di puchong

 Ini cerita close deal terbaru.

 

Saya suka cerita kisah disebalik setiap close deal supaya ada "input" kepada semua followers.

 

Rumah ini owner nak jual agak urgent. Beliau baru sahaja lepas operate "bypass" di IJN. Selepas tue hilang kerjaya. Kerjaya beliau sekarang adalah jualan online dan talian hayat yang ada untuk survival adalah dengan menjual rumah ini.

 

Pertama sekali yang saya tanya adalah option yang beliau ada selain dari jual. Dia cerita, anak 2 orang baru setahun kerja. Engineer di Cyberjaya. Tapi loan profile tak berapa cantik sebab loan PTPTN dah masuk restructuring.

 

Sebagai Ren, kita kena propose option yang terbaik buat vendor. Walaupun jalan mudahnya adalah menjual, tapi kena lihat dari sudut sentimental value dan alternative kepada vendor. Memang mudah sahaja untuk menjual rumah macam ini. Lebih - lebih lagi, owner nak let go below market sebab nak settle cepat.

 

Saya minta anak dia sediakan dokumen. Saya make up sikit loan profile bagi cantik. Dapatkan surat dari PTPTN. Guna banker yang boleh bagi recommendation yang terbaik. Kebetulan next year, owner boleh keluarkan epf akaun 1 sebab dah genap 55 tahun.

 

Alhamdulillah, rumah yang didiami owner sekeluarga ini masih lagi milik mereka. Dari bapa turun ke anak. Nenek pun tinggal sekali. 3 generasi di bawah satu bumbung. Sebagai Ren ini adalah satu kepuasan bila melihat setiap masalah itu dapat diselesaikan. Full agency fee pun dapat.

 

Begitulah cerita untuk pagi ini.

Dapat sesuatu?

Comments