HartanahHot.Com - Real Estate Agent And Property Listing Online Portal

2017-09-29
Kisah perunding hartanah berjaya jual rumah di pandan indah

 Ini kisah close deal yang agak baru juga.

 

Kisahnya bagaimana buyer ini menghubungi saya untuk bertanyakan tentang satu rumah. Saya set appointment dan jumpa dia.

 

Bila dah habis viewing, dia berminat dan ingin booking. Semasa sign booking form saya nampak macam ada sesuatu yang bermain dalam fikiran dia. Saya tanya : "Adik tak bawa girlfriend / tunang sekali ke view?..bagi feel sikit pada dia unit yang ingin diambil ini.".

 

Dia jawab : "Tak pelah bang. Dia duduk jauh".

 

Lepas tue dia bercerita tentang kerjaya, tentang saving dan perancangan masa depannya. Kerjaya bagus. Saving pun ada. Umur masih muda. Perancangan masa depan ada. Tapi matlamat jangka pendek dan panjang dalam property masih belum jelas.

 

Dia bercerita lagi, saving yang saya ada nie ngam untuk beli rumah. Seterusnya untuk kahwin saya nak buat personal loan sahaja.

 

Sebagai REN, saya anggap tugas saya belum selesai, bila saya dengar perancangannya begitu ðŸ˜ðŸ˜€. Saya bagi solution pada dia.

 

Saya boleh bantu adik untuk beli rumah ini, dapat tunai, cover balik kos deposit, keluarkan epf (kalau ada), lebihan tunai untuk belanja kahwin, lebihan tunai untuk repair rumah dan sewakan, kadar sewa positif boleh cover installment bulanan, dapat tunai untuk beli rumah kedua terus, cantikkan loan profile untuk adik pergi lebih jauh lagi.

 

"Oh, boleh ye macam tue. Tak terfikir pulak saya. Saya ingat selama ini beli rumah dulu. Kemudian kahwin. Beli kereta. Bila naik gaji nanti baru upgrade"..dia bercakap sambil terkesima.

 

Selepas beberapa bulan beginilah hasilnya. Dapat cash back, dia repair unit, sewakan dan terus beli rumah kedua. Dia juga menghantar invitation kad kahwin "by hand" kepada saya sebagai tanda perhargaan. Saya gembira dengan apa yang dia capai dan berharap dia success dalam kerjaya, hidup barunya dan juga bidang baru (secara tak sengaja) dalam mengembangkan pemilikan hartanahnya.

 

Tugas saya sampai di situ sahaja. Tapi dia masih lagi bercontact untuk refer nasihat dan tips. Saya berikan sahaja secara percuma kerana saya percaya suatu hari nanti dia juga akan membantu orang lain dengan cara yang sama.

 

Dapat sesuatu dari kisah ini?.

Comments