HartanahHot.Com - Real Estate Agent And Property Listing Online Portal
Jika dilihat trend pemaju untuk tahun 2016 dan 2017 adalah berlumba - lumba untuk memajukan kawasan di bahagian selatan Kuala Lumpur dan Selangor berbanding ke utara Rawang.
Kenapa pemaju memilih kawasan selatan berbanding utara?
Antara sebabnya adalah bentuk muka bumi di bahagian selatan lebih landai berbanding utara. Di utara bentuk muka buminya adalah berbukit. Contohnya di Kepong dipisahkan oleh Frim. Di Rawang dipisahkan oleh Taman Rimba Templer. Seterusnya di Selayang dipisahkan dengan Ulu Yam dan Banjaran Titiwangsa. Berbeza dengan bahagian selatan Kuala Lumpur dan Selangor lebih landai. Walaupun terdapat bentuk muka bumi berbukit seperti di UKM Bangi dan Bukit Putus di Senawang, tetapi sebahagian besarnya adalah landai.
Faktor kedua adalah KLIA. Kerajaan mempunyai pelan yang besar untuk membangunkan KLIA menjadi KLIA Metropolis merangkumi kawasan seluas 100 kilometer persegi. Antara kawasan yang termasuk ialah Slak Tinggi, Kota Warisan, Bukit Changgang, Bandar Enstek, Kota Seriemas, Nilai dan Labu. KLIA sekarang sudah dipecahkan kepada KLIA 1, KLIA 2 dan kargo. Pusat pentadbiran dan latihan MAS juga akan dipindahkan secara berperingkat ke Sepang. Pemaju melihat ini sebagi potensi peluang yang besar permintaan daripada penduduk KLIA pada waktu sekarang dan akan datang.
Faktor ketiga adalah kawasan selatan lebih diberikan tumpuan sebagai hub pendidikan oleh kerajaan. Ini dimulai oleh Bandar Baru Nilai. Terdapat berbagai institusi pendidikan di Nilai seperti Centre For Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nilai; Inti International College, Nilai; Nilai University College, Nilai dan Murni Nursing College, Nilai.
Di labu juga terdapat pelbagai institusi pendidikan seperti Institiut Pendidikan Guru ( Kampus Pendidikan Teknik ), Koleh Tunku Kurshiah , Institut Aminuddin Baki, Politeknik Nilai , Pusat Bahasa yang dibina di satu kawasan berkelompok.
Manakala di Bandar Enstek telah dibina institusi pendidikan seperti Cempaka Ladies School selain International University College Of Nursing, Bandar Seri Sendayan; PNC International College Of Nursing & Health Science, Kota Seriemas dan Kolej Lagenda dan Kolej Pertama, Mantin.
Di Kota Warisan juga bakal dibangunkan Universiti Xiamen.
Faktor keempat peningkatan permintaan hartanah di kawasan selatan adalah jaringan lebuhraya yang semakin rancak. Di Kota Warisan bakal dibuka interchange baru untuk ke highway PLUS. Highway Seremban - KLIA juga bakal dibina menghubungkan Penduduk Seremban untuk ke KLIA seterusnya ke Putrajaya.
Faktor kelima adalah High Speed Railway yang akan dibina dari KL Sentral ke Singapore. Labu merupakan salah satu stesyen terbesar yang menempatkan Transit Oriented Development (TOD) yang menggabungkan Stesyen Komuter dan HRL.
Faktor keenam adalah harga tanah yang masih lagi murah di bahagian selatan Kuala Lumpur. Antara developer besar yang membangunkan hartanah di kawasan selatan adalah SP Setia di Semenyih, Mah Sing di Dengkil, UM Land di Bandar Seri Putra, IOI Group di Bandar Puteri Bangi, Seri Pajam di Mantin, Glomac di KLIA dan Sime Darby di Bandar Ainsdale.
Kesimpulannya, bahagian selatan Kuala Lumpur menyaksikan peningkatan kemasukan kemasukan yang mendadak dari pemaju. Bersesuaian dengan saranan kerajaan untuk membangunkan bahagian utara dan barat Negeri Sembilan sebagai Malaysia Vision Valley. Ini bakal menyaksikan harga hartanah di kawasan - kawasan yang bakal membangun di sini menerima permintaan hartanah dan harga yang semakin kukuh.