HartanahHot.Com - Real Estate Agent And Property Listing Online Portal

2015-04-06
Harga Rumah Sentiasa Naik

Benarkah harga rumah akan terus meningkat?

Soalan ini adalah soalan lazim yang biasa berlegar di fikiran pembeli rumah. Pada saya ianya bergantung kepada :

1) Pasaran.

Dimana ianya ditentukan oleh permintaan dan penawaran. Tidak semua lokasi mempunyai permintaan yang tinggi. Contohnya di Jalan Ampang. Permintaan di kawasan tersebut adalah dari expatriate embassy, pelajar luar negara dan pelancong luar negara. Kadar sewa di kawasan ini lebih tinggi dari kawasan lain.

2) Faktor setempat

Di kawasan-kawasan yang belum mempunyai booster untuk penduduk meningkatkan pendapatan, harga rumah masih lagi rendah. Contoh : di Jerantut, pihak pemaju telah memajukan perumahan tetapi jumlahnya terhad kerana permintaan juga terhad dari sektor kakitangan kerajaan dan swasta.

3) Bank

Apabila pihak bank mengetatkan syarat pinjaman, jumlah pemimjam akan mengecil. Hanya peminjam yang benar-benar layak akan lulus pinjaman. Kadar pinjaman isi rumah untuk penduduk Malaysia adalah antara tertinggi di Asia Tenggara.

4) Perubahan tumpuan pembeli

Apabila sesuatu kawasan telah matang dan harganya telah mencapai harga siling, pembeli akan bertumpu ke kawasan baru. Contohnya Shah Alam. Pembeli mula mencari rumah dipinggir Shah Alam seperti Puncak Alam dan Saujana Utama yang sesuai dengan kemampuan kerana harganya masih lagi murah berbanding Shah Alam.

Comments