HartanahHot.Com - Real Estate Agent And Property Listing Online Portal

2015-04-08
CCRIS dan CTOS

 Apa itu CCRIS?

Setiap pembeli dan penjual rumah perlu tahu apa itu CCRIS dan CTOS. Ini adalah perkara pertama yang akan disemak oleh bank sekiranya ingin memohon pinjaman perumahan

CCRIS adalah Central Credit Reference Information System 

Anda boleh klik pautan berikut untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan CCRIS creditbureau.bnm.gov.my/ccris.html

CCRIS boleh disemak di Bank Negara Malaysia. Anda hanya perlu bawa ic, masukkan ke mesin, thumb print dan seterusnya segala rekod hutang bank akan dipamerkan seperti rekod bayaran dan baki hutang.

Apa itu CTOS?

CTOS adalah satu syarikat yang menguruskan collection data pemiutang bank yang mempunyai masalah pembayaran balik pinjaman.

Sesetengah bank akan merujuk kepada CTOS untuk menyemak sejarah rekod terdahulu hutang-hutang pelanggan yang bakal memohon pinjaman. Jika ada rekod, anda perlu bersihkan dulu dari rekod CCRIS sebelum memohon pinjaman.

Kebarangkalian untuk gagal dalam permohonan pinjaman perumahan adalah tinggi jika rekod CCRIS dan CTOS tidak cantik

 

Comments