HartanahHot.Com - Real Estate Agent And Property Listing Online Portal

2014-07-18
Sale & Purchase Agreement

Apa itu Sale and Purchase Agreement?

Dalam Bahasa Malaysia ianya disebut Perjanjian Jual Beli. Perjanjian jual beli harus dimetrai di antara penjual, pembeli dan disaksikan oleh peguam. Untuk menjadikan perjanjian ini sah di sisi undang-undang maka ianya harus dimatikan setem di pejabat hasil.

Perjanjian jual beli mengandungi harga belian, deposit yang dibayar, tempoh masa untuk menyelesaikan segala urusan dan baki bayaran belian, terma-terma yang perlu dipatuhi oleh kedua-dua pihak dan tandatangan.

Kebiasaannya hampir keseluruhan urusan belian dan jualan hartanah perlu mengandungi Perjanjian jual beli. Perjanjian ini amat penting sekiranya berlaku masalah di pihak pembeli atau penjual maka pihak yang satu lagi boleh mengemukakan tuntutan berdasarkan terma-terma yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak semasa menandatangani Perjanjian Jual Beli.

Anda boleh refer ke web berikut untuk informasi www.malaysianbar.org.my

Comments