HartanahHot.Com - Real Estate Agent And Property Listing Online Portal

2014-07-19
RPGT

Apa itu RPGT dan kenapa RPGT sangat berkait rapat dengan urusan jual beli rumah?

RPGT adalah Real property gain tax atau cukai pelupusan harta tanah. RPGT berubah-ubah mengikut dasar kerajaan dan diumumkan dalam belanjawan negara setiap tahun.

RPGT sangat berkait rapat dengan urusan jual beli rumah. Bagi pelabur hartanah, mereka sangat mengambil berat tentang kadar RPGT setiap tahun. Ini kerana kebiasaannya mereka memiliki lebih dari satu hartanah dan melibatkan proses transaksi jual beli hartanah yang kerap.

Bagi bukan pelabur hartanah, anda tidak perlu bimbang kerana RPGT hanya dikenakan semasa menjual hartanah anda. Bagi penjualan pertama anda dikecualikan dari dikenakan RPGT. Hanya transaksi kedua dan seterusnya baru dikenakan RPGT. Namun begitu RPGT hanya dikira untuk hartanah yang melebihi tempoh pegangan melebihi 5 tahun.

Tujuan RPGT diwujudkan adalah sebagai sumber pendapatan kepada negara. Disamping itu fungsinya juga adalah untuk mengekang kenaikan harga hartanah dan spekulasi harga yang pantas di pasaran. Kenaikan kadar RPGT akan mengakibatkan permainan pasaran hartanah subsale yang baru berumur bawah 5 tahun akan menjadi berkurangan.

 

Comments