HartanahHot.Com - Real Estate Agent And Property Listing Online Portal

2017-10-06
Potensi Bandar Country Homes Rawang, dari sudut pandangan ejen hartanah Bandar Country Homes Rawang

 

 

BANDAR COUNTRY HOMES RAWANG

 

Bandar Country Homes (BCH) Rawang adalah salah satu kawasan kediaman yang terletak di Rawang. Jarak dari Bandar Country Homes ke Pusat Bandar Rawang lebih kurang 8KM. Bandar Country Homes Rawang dibangunkan pada tahun 1995 oleh TANCO HOLDINGS BERHAD di atas tanah seluas 700ekar yang berkonsepkan “MIXED DEVELOPMENT iaitu terdiri dari jenis BUNGALOW, SEMI D, TERES, PANGSAPURI KOS SEDERHANA dan RENDAH dan juga RUMAH KEDAI. Kesemua tanah di kawasan kediaman ini berstatus Pegangan bebas (FREEHOLD) ataupun dalam kata yang mudah ia adalah hakmilik kekal si pembeli. Walaupun banyak hartanah baru yang sedang dibangunkan sekitar bandar country homes Rawang namun kebanyakkannya adalah berstatus PAJAKAN ataupun LEASEHOLD.

 

Taman perumahan ini dibahagikan mengikut fasa bermula dari fasa 1 sehingga ke fasa 13. Setiap jalan di taman ini disebut dengan jalan desa, sebab itulah bandar country homes juga di sebut dengan panggilan taman desa. Populasi penduduk di bandar country homes Rawang mencecah 60,000 orang yang terdiri dari berbilang kaum. Terdapat pelbagai kemudahan yang tersedia di bandar country homes Rawang yang menjadikan kawasan ini ideal bagi mereka yang inginkan taman perumahan yang lengkap dengan segala kemudahan.

 

Antara kemudahan yang terdapat di Bandar Country Homes Rawang :-

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa 2, Sekolah Kebangsaan Taman Desa, Sekolah Kebangsaan Taman Desa 2, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Emerald, Masjid (Masjid Cahaya Iman), AMBANK,Petron, Shell, Petronas, Balai Polis, Anggun City, NSK, Econsaves, Mcdonalds, KFC, 7 Eleven, Klinik 1 Malaysia, & banyak lagi.

 

BOOSTER DI Bandar Country Homes Rawang :

 

Apabila sesuatu tempat terdapat pelbagai kemudahan yang di bangunkan maka harga hartanah di kawasan tersebut akan naik mendadak dalam masa tempoh yang singkat.Antara BOOSTER utama yang mendorong kenaikan hartanah di bandar country homes Rawang ialah dengan adanya pusat beli belah terbesar di Rawang iaitu AEON JUSCO. Sejak Aeon Jusco dibuka pada tahun 2011, pasaran hartanah di Bandar Country Homes terus meningkat sehingga 2 kali ganda. Di tambah pula Anggun City yang di bina bersebelahan Aeon Jusco menambahkan lagi BOOSTER di kawasan ini.

 

Dengan adanya Pusat Beli Belah Aeon Jusco malah di tambah pula dengan jaringan akses jalanraya yang mudah seperti LATAR Highway, PLUS & Guthrie menambahkan lagi BOOSTER di Bandar Country Homes Rawang. Maka pemaju-pemaju semakin rancak membina projek baru di sekitar Bandar Country homes Rawang. Kalau dulu, pemaju-pemaju yang melabuhkan projek di sekitar bandar country homes Rawang adalah pemaju berstatus sederhana. Tapi kini projek-projek dari pemaju yang berstatus tinggi pun sudah berani melabuhkan projek di sekitar Bandar Country Homes Rawang. Antaranya M Residence (Mahsing Group Berhad), TAMANSARI (BRDB), Fields of Gold (PRIMARC), Kota Emerald (Guocoland) & Saujana Rawang (GLOMAC).

 

PROSPEK AKAN DATANG DI BANDAR COUNTRY HOMES RAWANG :

 

 

Pernah dengar THE TWO? Kompleks beli belah terbesar di Malaysia akan di bina di rawang. Tanah seluas 20.4 hektar yang menelan belanja RM2 billion akan di bangunkan untuk menjadi sebuah kompleks beli belah yang tercanggih dan termoden. Cadangan tapak projek mega ini hanya terletak kira-kira 2km dari bandar country homes. Sekiranya kenyataan ini benar, maka harga hartanah di sekitar Bandar Country Homes Rawang akan naik lagi sekali secara mendadak. Jadi, apa tunggu lagi, segeralah miliki hartanah di rawang terutamanya di bandar country homes dan sekitarnya sebelum pasaran hartanah disini melambung naik.

Comments